Followers

Saturday, August 30, 2014

AWAS ! AZMIN ALI PADANG TEMBAGA

 

AWAS! AZMIN ALI PADANG TEMBAGA
 
ADUN-ADUN KEADILAN SELANGOR WAJAR BERI SOKONGAN PENUH KEPADA DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL DAN MENARIK DIRI DARI PENCALONAN

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang menyatakan secara terbuka sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Saudara Nik Nazmi juga dengan itu menarik diri dari sebarang pencalonan bagi jawatan itu seperti yang disyorkan oleh Saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS.

KEADILAN dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Saudara Nik Nazmi.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya ADUN-ADUN KEADILAN Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara KEADILAN yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN KEADILAN di Selangor yang menyokong pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno/Barisan Nasional.
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.