Erma nafi bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Bade Azmi.
PETALING JAYA: Penerbit
dan pengarah drama Erma Fatima menyelar laporan kononnya dia bakal
memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali
dengan panggilan Bade.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.
"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?
"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.
Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.
Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.
"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.
Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.
Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.
"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?
"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.
Bade berkahwin dengan isteri keduanya pada Mac lalu.
Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu
dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita
berkenaan kini hamil.Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.
Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.
"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.
Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.
Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.