Followers

Thursday, August 28, 2014

Apakah Haji Hadi masih mahu terus terbang pusing-pusing bersama Khalid?

 

Rupa-rupanya Khalid Ibrahim yang pernah dipertahankan oleh Haji Hadi dan MSU PAS ini adalah seorang pembohong. Geng Ustaz sampai buat solat hajat untuk mempertahankan sipembohong terus jadi MB, kini tentu berasa terharu tidak terperi...

Benarlah sebagaimana perumpamaan omputeh : Birds of a feather fly together. Bahawa burung jenis yang sama akan terbang bersama-sama dikalangan mereka. Tidak mungkin merpati akan terbang bersama pipit...

Apakah Haji Hadi, MSU, Geng Ustaz dan mereka yang sewaktu dengannya masih mahu terus terbang pusing-pusing bersama Khalid? - MAS dah dua kapal terbangnya sudah terhempas....Khalid hanya menunggu masa sahaja lagi....sangat mengerikan nanti pastinya!

Ternyata Khalid Ibrahim telah berbohong bila beliau menuduh Pakatan Rakyat tidak hanya mencalonkan satu nama, iaitu dirinya semata-mata, sebagai menteri besar Selangor kepada istana selepas pilihan raya umum tahun lalu.

 "Cerita (satu nama calon) itu tidak dilaporkan secara tepat.

 "Ada pencalonan berasingan dari PKR dan PAS pada 2008 dan 2013," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco, sebagaimana dilaporkan di sini



 Bukan saya kata Khalid pembohong, tapi oleh kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Munir Babni bertarikh 14 Mei tahun lalu :


Untuk berita asal, sila Klik di sini
 "Ketua-ketua komponen Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor," petik kenyataan itu.
 
Surat dari Istana bertarikh 7 Mei sebelum itu turut menjelaskan Sultan meminta empat nama daripada Pakatan Rakyat sebagai calon menteri besar.

 Sementara itu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mendakwa  Khalid 'mengarut' dan mengesahkan bahawa parti-parti Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama Khalid untuk jawatan menteri besar kepada istana selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.

 Dalam SMS kepada Malaysiakini, Pua berkata tidak pernah ada lebih daripada satu nama yang dihantar kepada istana untuk jawatan MB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.