Allahu Rabbi!!! Isu MB Selangor: Inilah Jadinya Selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selesai... Jom Terjah!!!
KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kenyataan
bersama itu dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu
selepas mesyuarat Majlis Presiden PKR, DAP dan PAS di Hotel Empire di
Subang Jaya, Selangor petang tadi.
“Majlis
Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri
Besar.
“Bagaimanapun
YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan
parti PKR untuk menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.
“Maka
dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan
keputusan ini kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” kenyataan
tersebut dipetik.
Kenyataan
bersama itu turut menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan
Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor, seperti
dinyatakan parti Islam itu dalam kenyataannya, tengah hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.