Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas lanjut kritikan yang
dilemparkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya
kerana menyifatkan ia hal dalaman Umno.
Perdana menteri berkata kebanyakan pemimpin Umno sudah memberikan
kenyataan berhubung isu berkenaan dan sokongan mereka tetap teguh
terhadap pucuk pimpinan parti."Kebanyakan pemimpin Umno sudah buat
kenyataan. Saya ingat perkara ini pendirian Umno.
Mereka berikan sokongan kepada pimpinan sedia ada. Di samping itu,
mereka menghormati Tun sebagai orang lama.Kita anggap ini soal dalaman
Umno. Kita harap ia dapat diuruskan sebaik-baiknya," katanya ketika
menjawab soalan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi
Umno di Menara Dato' Onn hari ini.
Dr Mahathir baru-baru ini menarik sokongan yang diberikan kepada Najib kerana menyifatkan presiden Umno itu terlalu berlembut dalam hal yang menyentuh kepentingan negara.
Katanya, undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dimansuhkan menyebabkan ramai ketua penjahat kini yang sedang
berkeliaran.
Bagaimanapun, beberapa menteri Kabinet tetap berdiri teguh menyokong
Najib termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tengku Adnan berkata tiada masalah bagi Dr Mahathir untuk menegur
pimpinan kerajaan namun ia hendaklah dibuat secara tertutup.Katanya,
pemimpin Umno bersedia mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi
memahami apa yang disuarakan bekas perdana menteri itu.
Hishammuddin berkata keupayaan Najib tidak boleh dipertikaikan,
terutamanya apabila beliau berjaya mengadakan rundingan bersama ketua
pemberontak pro-Rusia Alexander Borodai mencapai persefahaman dalam
krisis pesawat Malaysia Airlines MH17. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.