Point Shuhaimi Shafie yang Rafizi Ramli perlu take note ;
1. Rafizi tak perlu membuat kenyataan terbuka di media meminta semua ADUN PKR tarik diri daripada dicalonkan sebagai MB sedangkan bukan semua ADUN2 PKR dicalonkan pun.
Yang sebenarnya, ini bukan kes tarik diri ke apa ke. Dah tak tercalon nak tarik diri pasal apa? Memang la tak logik sungguh point si Rafizi neh. Mana la si Shuhaimi neh tak meroyan sound kau Rafizi oi. Kalau tercalon sekalipun, bukanla boleh guna media untuk tarik diri. Kena la bagitau pada mereka2 yang berminat nak letakkan nama adun2 tue sebagai calon bahawa kita neh tak berminat dengan kerusi tue. Maka jangan letak nama kita ye. Setakat sembang depan media buat kecoh boleh la.
2. Tindakan Rafizi dianggap seperti menghina adun2 PKR yang dianggap tidak konsisten (flip flop macam PAS) seolah2 mereka tue takde pendirian sendiri.
3. Tindakan Rafizi juga tak masuk akal memandangkan kesemua ADUN PKR telah pun tandatangan SD yang sudah cukup membuktikan yang mereka menyokong penuh perlantikkan DSWA sebagai bakal MB di Selangor.
Betul juga. Dah la suruh orang sign SD, lepas tue dok provoke2 pendirian dan sokongan orang kepada DSWA. Tah pape la sesama korang neh. Eishhh.. pelik.
4. Suhaimi juga mengulas bahawa sebelum ini Azmin sudah pun memberitahu kepada semua pihak bahawa dia menolak nama dia untuk dicalonkan dan kekal dengan keputusan mesyuarat PKR bahawa DSWA calon tunggal dan kesemua adun sudah membuktikan taat setia pada parti maka tiada kewajaran lagi untuk Rafizi mempertikaikan kesetiaan adun2 PKR terhadap PKR.
5. Suhaimi juga mempersoalkan siapa Rafizi yang suka2 nak arah orang buat itu, buat ini? Jika Rafizi ada cadangan yang lebih baik kenapa tidak bawa ke majlis mesyuarat parti untuk dibincangkan dan diputuskan secara kolektif?
6. Tak perlu Rafizi mencabar mereka gunakan saluran media.
7. Suhaimi turut memberitahu bahawa tindak tanduk Rafizi sejak kebelakangan ini telah banyak merosakkan nama baik Pakatan Rakyat dan juga menjejaskan hubungan dalam Pakatan bahkan tindakan2 dia telah melebarkan lagi retakan yang sedia ada dalam PKR.
8. Sikap Rafizi memberikan persepsi yang tidak baik tentang Pakatan Rakyat dan sudah sepatutnya DSAI dan DSWA menegur cara Rafizi yang dianggap melampaui batas kerana memburukkan PR.
9. Rafizi sudah boleh menghentikan propaganda Kajangmove (movie) itu kerana TSKI telah pun sedia berundur cara baik.
Ini antara petikan dari MKINI ;
“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.
“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.
Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.
“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya.
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Bagus. Bagus. Bagusss abang2 besar dalam PKR. Abang2 berlagak, abang2 berlakon suci, abang2 bajet hebat, abang segala abang dalam PKR. Sesungguhnya point2 Suhaimi ke atas Rafizi itu adalah yang benar dan amat benar. Tapi ada sesetengah point tue macam setempek kena kat muka abang Suhaimi kita. Ah lantak la.
Yang penting cukup penyokong2 PKR sedar bahawa adun korang baru aje mengakui ;
- Rafizi bongkak, angkuh dan bajet hanya kenyataan dia aje yang betul, hanya pandangan dia aje yang tepat, orang lain semua salah.
- Rafizi telah berjaya membuatkan orang hilang respect pada PKR dan PR dalam kajang movie. Dah terang2 TSKI berundur dan dah terang2 istana hanya minta lebih nama (bukan buang nama DSWA) untuk proses perlantikkan MB baru. Apa guna nak main propa lagi. PKR sudah menang lhor untuk tukar mb ma.
- Adun2 PKR suka tunjuk hebat dalam media. Sepatutnya gunakan cara diplomasi kalau ada apa2 hal nak runding atau bincang. Ini tidak. Sikit2 tunjuk hebat depan media. Rafizi syak kesetiaan ADUN2 PKR dan adun2 PKR pula angin bila kesetiaan mereka dipersoalkan. Ini sesama ahli parti main syak2 tue woi. Apatah lagi kalau bukan ahli parti. Lagi la PKR syak PAS syak DAP syak PKR syak DAP syak PAS syak PKR. Kelakar siot.
- Rafizi berjaya membuatkan beberapa pihak rasa meluat dengan dia.
Haiyaaaa..
Takpe. Teruskan kempen2 untuk menaikkan DSWA lagi ahhh.. sikit lagi sikittt lagi boleh la dia jadi MB. Take it easy ya Rafizi.
KAH KAH KAH
Ameno World
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.