Kuala Lumpur: "Saya dan suami pernah dua kali melakukan
perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri
rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan
ketika melalui zaman 'jahiliah' lebih lima tahun lalu.
"Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah
meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan," kata Laila, 36, yang
diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala
lelaki itu kekal dalam kejahilan.
Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan
perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan
banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah
lagi.
Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai
perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil
keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan
baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.
"Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga
seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasrat mahu memeluk Islam
kerana beranggapan ia agama yang indah.
"Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya
terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam,
malah boleh dianggap jahil," katanya.
Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.
Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada
2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak
lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya.
Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara.
"Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah.
"Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan," katanya. -
Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.