Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi ketika mengadakan rundingan dengan Ketua Pemisah Pro-Russia, Alexander Borodai, kelmarin.
"Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku," katanya ketika membentangkan usul khas mengenai MH17 kepada Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, tidak semua tindakan perlu dihebahkan.
"Sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.