Ahli
Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng mencadangkan rakyat bukan Islam di
Malaysia berpuasa bagi menyatakan sokongan dan solidariti mereka kepada
penduduk Xinjiang China yang dihalang oleh kerajaan mereka menunaikan
ibadah wajib tersebut.
Ong sendiri telah berpuasa sejak hari pertama lagi bagi menyatakan solidaritinya kepada umat Islam Malaysia.
Ini
adalah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh beliau bagi menyatakan rasa
hormat dan kebersamaan dengan kawan-kawan dan pengundi-pengundinya yang
beragama Islam.
Inilah kesan dari slogan Islam Rahmat untuk semua di mana masyarakat berbilang kaum dan agama saling hormat menghormati.
Tindakan
bacul kerajaan China yang menghalang umat Islam Xinjiang berpuasa
dikecam hebat di seluruh dunia. Malah kerajaan Amerika dan Britain pun
tidak melakukan kekejaman sebegitu. Presiden Obama sendiri menyampaikan
perutusan Ramadhan kepada umat Islam Amerika dan dunia.
~ therakyatpost.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.