Followers

Friday, July 4, 2014

Nazir Razak dilantik pengerusi CIMB bermula 1 Sept, CEO baru dicari.

Datuk Seri Nazir Razak diambil sebagai pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof pada 1 September.
 

Datuk Seri Nazir Razak diambil sebagai pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof pada 1 September.

Datuk Seri Nazir Razak diambil sebagai pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof pada 1 September.

Pembiaya kewangan kedua terbesar Malaysia CIMB Group hari ini mengumumkan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu Datuk Seri Nazir Razak akan dilantik sebagai pengerusi barunya bermula 1 September menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof.

Kumpulan berkenaan berkata akan mencari CEO kumpulan yang baru dan akan menamakannya selepas menerima kebenaran, dan menambah Md Nor akan menyertai panel penasihat antarabangsa (IAP) selepas 1 September.

CIMB juga menyusun semula pentadbiran mereka dengan Nazir turut mempengerusikan jawatankuasa eksekutif baru "yang akan fokus kepada isu strategik dan menambah baik fungsi lembaga pengarah".

Nazir juga akan terus berkhidmat sebagai President Commissioner of PT Bank CIMB Niaga di Indonesia dan Timbalan Pengerusi CIMB Bank serta dilantik menjadi pengerusi CIMB Investment Bank bermula 1 September.

"Tan Sri Md Nor adalah pencetus kepada Kumpulan CIMB dan pernah berkhidmat sebagai CEO Bank of Commerce, salah satu bank utama yang membentuk CIMB Group hari ini, bermula, 1986 hingga 2000 dan Pengerusi CIMB Group sejak Julai 2006.

"Kami terhutang budi kepada beliau kerana sumbangan yang tidak terhingga kepada Kumpulan.

“Secara peribadi, Md Nor adalah mentor saya dan mengajarkan saya apa yang saya tahu hari ini. CIMB bertuah kerana kami berupaya mendapatkan nasihatnya lagi," kata Nazir dalam kenyataan yang dikeluarkan CIMB.

Dengan pelantikannya itu, Nazir berkata, "Saya berbesar hati dengan keyakinan yang diberikan kepada saya oleh Lembaga Pengarah dan pemegang saham dengan menyokong perubahan kepimpinan kami".

"CIMB berkembang luas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah tiba masanya institusi ini lebih progresif antara peranan pengurusan diketengahkan.

"Dengan itu, dan pelantikan saya sebagai pengerusi, saya akan terus menyokong pasukan pengurusan, terutamanya dalam isu strategik," katanya.

"Saya berkhidmat sebagai CEO Kumpulan untuk 15 tahun, dan sudah tiba masanya seseorang dengan idea dan tenaga yang lebih segar untuk firma," kata Nazir.

Nazir juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan CIMB tersenarai di Bursa Malaysia melalui Kumpulan CIMB Holdings Bhd dan mempunyai pasaran modal RM58.8 bilion setakat 31 Mac 2014. Bank berkenaan mempunyai cawangan di lapan daripada 10 negara Asean dengan tenaga kerja berjumlah 40,000 di 17 negara. – 3 Julai, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.