Satu mangsa korban pesawat penerbangan Malaysia Airlines
(MAS) MH17 dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah rumah penduduk di timur
Ukraine, di mana lokasi pesawat itu jatuh menyembah bumi, Khamis lalu.
Menurut penduduk tersebut, Irina Tipunova, dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu meletup di udara dan kemudiannya melihat objek jatuh menyembah bumi.
“Saya
mendengar bunyi yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula
jatuh dari udara dan kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang
kesakitan dan dia jatuh betul-betul dalam bilik tidur rumah, yang
menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk,” katanya memetik laporan Reuters.
Mayat
penumpang wanita itu ditemui dalam keadaan bogel, masih lagi berada
dalam rumah Irina kerana dia masih menunggu kehadiran pihak berkuasa
untuk datang dan mengutip mayat tersebut.
Selain
itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali menceritakan
bagaimana dia berlari keluar dari rumah selepas terdengar bunyi pesawat
terbabit meletup.
“Saya
buka pintu rumah dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah
seorangnya jatuh dalam kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya,
lapor Mynewswhub.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.