Kenyataan yang berbeza daripada dua
menteri UMNO. KJ menafikan kata-kata Ku Nan yang mengatakan pengagihan
makanan kepada gelandangan boleh mengundang kepada kekotoran. Ini baru
namanya Menteri, yang betul dikatakan betul, bukannya macam Ku Nan main
sergah saja.
Aku rasa dia sendiri pun belum pernah
melihat aktiviti NGO PERTIWI bagi makanan percuma kepada gelandangan,
itu pasallah dia tidak tahu keadaan sebenar.
TikaqBuloh setuju 100% atas kenyataan KJ
tumpuan sepatutnya diberi untuk membasmi kemiskinan, bukannya
menghapuskan orang miskin daripada pandangan orang ramai.
Menteri
Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada
golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi
kotor.
Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI
yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan
itu.
Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, katanya.
"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.
"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga
kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan,"
katanya lagi.
Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak
akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus
membantu usaha NGO tersebut.
"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.
"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan
memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala
Lumpur menjadi kotor.
“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi
kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur
sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah
golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di
Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."
"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala
Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit
berjangkit," katanya. Sumber
Tikaqbuluhblog.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.