Followers

Sunday, July 27, 2014

Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti.

Tribulasi yang PAS terpaksa hadapi gara-gara mulut gatal

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sokongan Hadi untuk Khalid hanya pandangan "peribadi" dan menegaskan bahawa PAS hanya akan menyatakan kedudukan rasmi sama ada atau tidak ia bersetuju untuk menggantikan Khalid selepas pucuk pimpinan bertemu pada 10 Ogos.

 "Itu adalah pandangan peribadi beliau, kita akan bertemu pada 10 Ogos Pada 10 Ogos ia akan menjadi pendirian rasmi parti itu," portal berita dalam talian Antarapos memetik Mohamad sebagai berkata.

 Orang Nombor dua PAS itu berkata sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu akan dihormati oleh semua ahli dalam parti.

 "Apa sahaja keputusan, kita akan patuhi," katanya di sini
Harap-harap akan ada lagi suara-suara pemimpin PAS lain yang lebih garang lagi mengenai isu ini sementara nak menuggu tarikh 10 Ogos tu!

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar telah turut menyatakan bahawa Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti

Sehingga kini nampaknya belum ada mana-mana pemimpin PAS lain yang berani membuka mulut walaupun dari Setiausahanya, Mustafa Ali.


Haji Hadi dibiarkan kesaorangan dalam kekalutan yang dia cipta sendiri. Apakah menantu 'D.A' kesayangannya itu sanggup membiarkan Pak Mentuanya lemas seorang diri? Esok lusa, kita tunggulah.

Selepas 10 Ogos nanti, kalau PAS Pusat ambil keputusan tidak akan menyokong pertukaran Khalid, maka ramai yang akan beranggapan bahawa itu adalah kerana gara-gara dipengaruhi oleh sikap gelojoh Haji Hadi.

Orang ramai tidak akan menghormati pendirian PAS itu kerana Haji Hadi sudah awal-awal menyuarakannya terlebih dahulu. Dan orangramai akan melihat 15 Adun PAS Selangor tu standard anak ayam yang hanya tahu mematuk-matuk untuk makan!

Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau Haji Hadi tidak gatal mulut buat kenyataan yang kalut macam itu sebelum bermesyuarah dengan Jawatankuasa Pusat. Orang ramai pun tidak akan tahu sikapnya itu. 

Maka apa-apa keputusan yang bakal PAS ambil, orangramai akan menganggapnya itu adalah keputusan muafakat PAS melalui mesyuarat.

Takkanlah Haji Hadi tidak tahu PAS bukan milik dia seorang tetapi jemaah.Maka perlulah hormati pandangan jemaah!

Namun apa yang akan menjadi lebih dramatik  dan akan mempengaruhi dan mengubah landscape parti PAS itu sendiri ialah apabila mesyuarat itu mengambil keputusan menyokong pertukaran Khalid.


Menyokong pertukaran Khalid bermakna, majoriti  Jawatankuasa PAS tidak akur dengan kehendak peribadi Haji Hadi yang telah pun kita semua ketahui.

Sudah tentu ini akan memalukannya dan takkanlah dia masih mahu terus duduk macam kayu di situ ... 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.