Followers

Friday, July 11, 2014

" Jangan Lepas Ini Jadi Macam Negeri Sembilan Sudah. Nak Jual Sangat Air Last Sekali NS Sendiri Kritikal Air "

 


Kerajaan negeri Perak bersedia untuk menjual air terawat kepada negeri lain dan sedang membuat penilaian terhadap cadangan membina loji rawatan air di kawasan sempadan negeri.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) berkata pihaknya menerima surat cadangan daripada negeri tertentu yang mahu membeli air mentah daripada Perak.
"Kita ada menerima surat cadangan daripada negeri tertentu supaya Perak membekalkan air mentah. Kita adakan beberapa perbincangan dan Perak mencadangkan kepada negeri itu supaya membeli air terawat," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) yang berlangsung selama tiga jam.
Beliau berkata perbincangan setakat ini hanya menjurus kepada dasar kerajaan negeri dan belum lagi menyentuh aspek lain seperti terma persetujuan termasuk harga yang perlu dicapai kedua-dua pihak.
"Terma tidak dibincangkan kerana bagi kita, negeri itu belilah air terawat. Begitu juga harga, kita belum sampai pada tahap itu.
"Perbincangan kita lebih kepada dasar dan keputusan sama ada mahu menjual air terawat atau air mentah. Kita mempunyai satu keputusan yang jelas, di mana Perak mahu menyediakan air terawat," katanya.
Zambry menjelaskan penjualan air mentah kepada negeri berkenaan tidak memberi banyak manfaat atau keuntungan kepada Perak.
"Kalau (beli) air mentah, dia untung, kita rugi. Mereka mahu air mentah, kemudian mereka rawat dan jual balik kepada kita," katanya.
Beliau berkata setakat ini Perak tidak mempunyai loji rawatan air di kawasan sempadan negeri.
Dalam perkembangan lain, Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata pihaknya bersetuju memberi dua setengah bulan bonus kepada 1,100 kakitangannya.
Pembayaran bonus yang melibatkan peruntukan sebagai RM6.4 juta itu akan dibayar secara berperingkat-peringkat, katanya. Sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.