Followers

Thursday, July 17, 2014

Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro?



 


Sebelum ini Murai Batu dengar penyanyi Nas Adila sangat akrab dengan Raja Pop, Dato' 

Jamal Abdillah, hinggakan wujud desas-desus yang mengatakan bahawa kononnya mereka
 
sedang bercinta.

Namun, gosip itu nampaknya berlalu begitu saja dan selepas itu Murai Batu tak dengar

 apa-apa lagi tentang hubungan Nas Adilla dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu.

Malah, apa yang Murai Batu dapat tahu, Nas Adila bakal mendirikan rumahtangga tidak 

lama lagi. Dengan siapa? Nantilah Murai Batu korek daripada Nas Adila ya.

Tapi, apa ceritanya pula dengan abang Jamal kita tu? Dah ada pengganti ker atau masih 

lagi memegang title eligible bachelor? 

Korek punya korek, akhirnya Murai Batu dapat tahu bahawa abang Jamal khabarnya 

sekarang ini semakin dekat dengan seorang wartawan hiburan di meja hiburan Harian Metro.

Aiii siapa wartawan hiburan tu? Bukannya Murai Batu tak kenal rakan-rakan wartawan

 hiburan di akhbar Harian Metro tu. Kenal sangat-sangat kot. Tapi, kebanyakannya dah 

punya suami kecuali si cantik manis, Ramlah Zainal yang kembali single selepas kematian

 suami tidak lama dulu.

Tapi, bila lihat rakan-rakan tersenyum simpul tatkala nama Ramlah disebut-sebut 

bersama abang Jamal, maka fahamlah Murai Batu bahawa Ramlah adalah wartawan 

hiburan yang dimaksudkan akrab dengan abang Jamal itu.

Wah! Tak sangka Ramlah ya. Dalam diam-diam saja. Apapun, Murai Batu tumpang gembira 

sangatlah dan Murai Batu akan doakan agar hubungan mereka akan berjaya sampai ke

 tahap yang lebih serius lagi.murai.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.