KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar mencadangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik menteri kabinet khas
menjaga tandas.Katanya yang juga mengsyorkan supaya menteri yang
menjaga tandas itu di kalangan menteri Umno."
Cadangkan MP Umno khusus daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
untuk menjaga tandas awam,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agung
PAS hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas penstrukturan semula
kabinet Najib yang semakin membesar dengan mempunyai seramai 35 orang
menteri dan timbalan menteri.
Pertambahan menteri kabinet katanya, tidak sepadan dengan penduduk yang
ada di dalam negara ini berbanding di Amerika, Jepun dan China jauh
lebih ramai tetapi mempunyai jumlah menteri yang sedikit.
Beliau turut mempersoalkan perlantikan Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga Kampung Baharu dan
Industri Kecil Sederhana (IKS) khusunya untuk orang China."
Saya fikir lantik seorang menteri untuk jaga dua benda sahaja...makan
gaji buta la! Sebab itu tandas awam pun perlu ada menteri juga."
Takkan tak boleh lantik sebab boleh lantik MCA untuk jaga IKS dan
Kampung Baharu Cina,"katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Menurut
Mahfuz, perlantikan Wee itu akan berlakunya pertindihan kerja kerana hal
ehwal Kampung Baharu adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa
Tempatan."
Lebih baik kementerian yang jaga Kampung Baru daripada seorang menteri
yang jaga. Tukarlah menteri di kementerian ini, lantik Wee Ka siong
sebagai menteri."Apakah kementerian yang sedia ada sudah tidak efisyen
lagi untuk menjaga hal ehwal Kampung Baharu,"soal Mahfuz. ~hrkh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.