Bukan
sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut
meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti, kata
bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.
Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin (bawah)
dilaporkan berkata Anwar dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah
itu kerana apa yang berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding
pentadbiran negeri.
Bekas
wakil rakyat PKR itu merujuk kepada pemilihan langsung parti itu yang
masih berlangsung dan mencetuskan pelbagai kontroversi.
“Malah
perlu diingat Anwar bukan saya ketua umum PKR tetapi juga penasihat
ekonomi Selangor. Kalau Khalid didesak letak jawatan kerana gagal
bagaimana pula dengan Anwar?
“Perlu
juga diingat bahawa keadaan lintang pukang, huru hara dalam pemilihan
parti ini bukan sahaja baharu berlaku kali ini tapi sejak pemilihan lalu
lagi.
“Malangnya
kali ini lebih teruk dan memalukan hingga tahap ahli mengheret parti ke
mahkamah. Siapa yang patut ambil tanggungjawab ini,” soalnya lagi
seperti dilaporkan UMNO-Online.
Fairus juga melihat desakan Khalid meletakkan jawatan sebagai melucukan kerana Anwar tidak pula dihukum.
Fairus
seterusnya menambah soal pertukaran menteri besar Selangor akan terus
menjadi duri dalam daging berterusan untuk pembangkang kerana menurutnya
masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.