Followers

Monday, July 7, 2014

Aduh Malunya... Mana Nak Letak Muka...

 

 
Sebagai Abang Long Bazar Kluang merangkap Kluangman yang paling bodoh di kluang.. aku malu yang teramat sangat.. huaa....


Mula-mula Ketua Pemuda Kluang tidak mengaku macai yang halang beberapa YB DAP/PR dari mengedar buah kurma kepada para pengunjung sebuah Bazaar Ramadhan di Kluang dengan alasan perlu adanya surat kebenaran ..

kini hari ini Ketua Pemuda UMNO Kluang bertindak lebih berani dan dahsyat lagi .. dia jemput YB-YB DAP yang dihalang termasuk beberapa pemimpin PAS dan PKR sama-sama ditempat yang sama mengedar buah kurma sambil beliau mengedar bubur lambuk kepada pengunjung ..
Tahniah .. ini baru dinamakan politik dinamika .. politik bersih.

Yang seronoknya macai-macai UMNO berlagak samseng taik kucing tempoh hari menghalang langsung tidak nampak batang hidung terus menghilangkan diri.

Sebelum ini, Khairul menyelar tindakan segelintir petugas yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang itu dari bazar tersebut.

“Kami dengan tegas dan lantang, mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadan Kluang adalah tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuka UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah di atas kapasiti individu,” katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang  dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari  melawat bazar Ramadan di bandar Kluang.





 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.