ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.
Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya
berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati
oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari
rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd
Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan
tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun,
petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai
hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong
setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar
mencari pekerjaan sementara.
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai
seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.
Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak
dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka
sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.
Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta
bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami
yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.
"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya
kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak
balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.
"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam
keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit
menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi
bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi
Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami
kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa
rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa
meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.