Followers

Saturday, June 28, 2014

Warga Emas Ini Sempat Selfie Ketika Isteri Masih Terperangkap Dalam Kemalangan !!

 


GAMBAR pasangan berkenaan sejurus selepas kereta yang dipandu terbabas.

Nampaknya tiada apa yang mampu menghancurkan kebahagiaan sepasang suami isteri yang berkahwin sejak 60 tahun lalu walaupun selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya.

Pasangan warga emas itu terselamat walaupun kereta mereka terbalik.

Tanpa menunjukkan rasa terkejut, mereka segera mencapai telefon bimbit dan bergaya untuk mengambil selfie sejurus selepas kejadian berlaku.

Kemalangan berlaku semalam Pesiaran Linda Flora kawasan kejiranan elit yang terkenal melalui siri komedi Fresh Prince of Bel Air pada 1990-an. Si suami dilaporkan memandu Honda sedan biru itu apabila ia terbabas dan jatuh di kiri jalan berhampiran pokok.

Kedua-dua pasangan ini bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun si isteri terperangkap di dalam kereta manakala suaminya berjaya memanjat keluar.

Ketika menunggu bantuan, si suami yang berpakaian seluar sukan kelabu menaikkan seluar ke paras dada dan mengambil gambar dengan kereta yang terbalik sementara isterinya selamba di dalam.

Saksi Ryan Steinberg turut bergambar dengan berlatarbelakangkan kereta itu.

Beberapa penduduk setempat yang melintas kawasan kemalangan termasuk jiran mereka berhenti untuk membantu.

Kedua-dua pasangan ini dikatakan mempunyai semangat yang baik kerana mampu bergembira walaupun ketika menghadapi kesukaran. - Agensi


  
Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.