Sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan meningkat 3
peratus daripada 25 peratus kepada 28 peratus disebalik isu perkauman
yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN).
Walaupun DAP gagal untuk mempertahankan kerusi itu, parti itu mendapat
sedikit suntikan motivasi daripada pencapaian itu dalam mempertingkatkan
sokongan Melayu yang berguna dalam PRU-14 kelak.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, enam pusat pengundian
majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong
keseluruhan yang terdiri daripada 0.7 peratus kepada 3.4 peratus.
“Ia suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan
sokongan Melayu meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya.
Kian Ming berkata beliau yakin lebih banyak kaum muda Melayu akan
melihat DAP sebagai ruang untuk aktivisme politik dan lebih ramai belia
akan menyokong Pakatan Rakyat dengan alasan gagasm ini bergerak jauh
daripada politik berasaskan kaum.
“Kami melihat kelibat ini dalam kempen Dyana di Teluk Intan. Jumlah
kegembiraan dan suasana baik yang beliau hasilkan di peringkat
kebangsaan terutama di kalangan anak muda Melayu ialah, berani saya
katakan, tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Oleh kerana pencalonan Dyana Sofya, pelajar UiTM yang bercakap tentang
DAP tidak semestinya dalam nada yang negatif lagi!” katanya.
Katanya, di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan menggalakkan
daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda ke mana saja dia pergi.
“Walaupun kebanyakan daripada mereka bukan pengundi, mereka akan
pengundi pada masa akan datang dan pemimpin muda seperti Dyana mempunyai
kedudukan yang lebih baik untuk memenangi mereka akhirnya,” katanya.
Bloglist Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.