"Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereka telah
menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa
beliau.
"Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas
kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini," kata peguam
bela yang mewakili Gobind Singh Deo.
Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya.
Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan
mahkamah.
Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat
polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan kata kesat memanggil
'Umno Celaka' pada sidang Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.