Berkurun dulu, pemimpin
negara mengajak orang kampung daripada luar datang ke Kuala Lumpur
sempena dengan Dasar Perindustrian yang baru tercetus pada ketika itu.
Datuk moyang kita (occupant) diberikan kebebasan untuk meneroka dan
membuka kawasan tanah baru di kawasan berdekatan kilang-kilang mereka
yang pada waktu itu, masih hutan, lombong dan paya.
Mereka dijanjikan geran
pemilikan bertahun dulu, sehinggalah tanah perkampungan ini diserahkan
hakmiliknya (alienated) kepada sebuah syarikat pemaju, XX. Mulanya XX
memberikan kebenaran kepada penduduk kampung (licensee) untuk menetap di
situ dengan pembinaan balairaya, kemasukan elektrik, jalan baru dll.
Dato Bandar KL ketika,
En AA, pula berjanji akan mewartakan kawasan penempatan sebagai tanah
warisan yang akan dipertahankan statusnya kepada para occupant. Tambahan
pula, YB BB dalam satu kempen pilihanraya beliau melancarkan manifesto
untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah (individual title) kepada
occupants.
Puluhan
tahun mendatang. Saat era moden mula menjengah, Kuala Lumpur bukan lagi
bandar sepi. Dek kepesatan hutan konkrit yang melanda, sekangkang tanah
melambung tinggi harganya. Nilaian sebagai tanah warisan, tanah
anak-cucu-cicit-cuit membesar, tiada makna di mata kapitalis.
Kita yang dilahirkan, dibesarkan, dan melahirkan di atas tanah ini di-istilahkan setinggan? Malulah kalian wahai penzalim!9 Dan tanah ini, bukan lagi milik kita.
Nukilan: Dato Tarmizi Jam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.