Followers

Wednesday, June 11, 2014

Satu Lagi Pilihanraya Kecil Bakal Berlaku?

 
"Macam mana ia boleh tersebar pun saya tidak tahu. Saya tidak buat apa-apa pinjaman, yang ada hanyalah pinjaman membeli kereta sahaja," kata Raja Baharin kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen penggal pertama itu berkata, sejak jam 6 petang tadi, beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon mengenainya termasuk daripada pimpinan PAS dan juga wartawan.

Seorang wartawan sebuah stesen TV, kata Raja Baharin, memberitahu beliau, berita ini mereka mula dengar selepas tiga hari Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno bulan lalu.
"Nampaknya ia semacam usaha untuk mengalihkan pandangan daripada perkara lain sahaja," kata arkitek terkenal yang pertama kali menjadi calon PAS dalam pilihan raya umum lalu itu.

Sebuah blog, Kedahnews yang pro-Umno hari ini melaporkan kononnya desas-desus bertiup kencang mengatakan Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk penggal ini ekoran khabar angin yang mengatakan penyandang ahli Parlimennya diisytihar muflis.

Sekiranya desas-desus yang menggemparkan itu benar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengumumkan kekosongan bagi Parlimen P036 Kuala Terengganu dan seterusnya mengadakan PRK, bergantung kepada ketetapan perlembagaan negara, lapor blog itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)yang lalu, Raja Bahrin yang mewakili PAS berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zubir Embong dan seorang lagi calon bebas, Maimum Yusof, 95, atau lebih dikenali sebagai "Tok Mun", dengan majoriti 10,785 undi. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.