Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu
tetap menang dari segi moral.
BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila
calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana
mendapat 19,919 undi.
"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada
BN."Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan
kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding
merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut
termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu
menghadapinya."Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN
tetapi dari agensi kerajaan.
"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik
untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang,"
katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu
hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan
PRU13 lalu".
Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita
jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada
pilihan raya umum yang lepas.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.