Dalam menjawab soalan saya minggu lepas, saya terkejut dengan
dedahan Menteri Pertanian di Parlimen bahawa dalam 5 tahun sahaja
kerajaan telah mengecualikan kutipan bernilai RM2.250 bilion (atau
purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport
oleh BERNAS dari 2008 sehingga 2013.
Menurut statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), ia menganggarkan bahawa import Malaysia beras pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% pada tahun 2013, dari 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014.
Dengan peningkatan tahunan yang dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang menguasai BERNAS akan terus mengaut keuntungan besar atas sebab BERNAS mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras - yang kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan BERNAS, telah melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021.
BERNAS juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.
BERNAS adalah “national strategic asset” penting negara yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan makanan, dan melindungi kepentingan petani dan pengguna.
Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyah-senaraikan keluar BERNAS berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada Menteri Pertanian sendiri yand tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh Menteri dalam Parlimen pada 26.3.2014.
Syed Mokhtar Al-Bukhary
Dalam respons kepada soalan parlimen saya minggu lepas untuk pendedahan penuh dan terperinci surat peribadi Syed Mokhtar kepada Menteri Pertanian, Menteri menjawab bahawa Syed Mokhtar dalam surat itu, telah memberikan akujanji peribadinya bahawa beliau akan:
1. Menjamin kepentingan padi dan beras negara;
2. Dalam proses penyenaraian semula BERNAS, 10% saham dalam IPO BERNAS akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk NAFAS (Persatuan Peladang Kebangsaan) dan NEKMAT (Persatuan Nelayan Kebangsaan); dan bahawa
3. Dia akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan NAFAS dan NEKMAT selama 5 tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di BERNAS selesai.
Saya mengatakan bahawa surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada Menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai langsung atas sebab-sebab berikut:
1. Surat Syed Mokhtar adalah dalam undang-undang tidak mengikat dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap BERNAS, kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara BERNAS dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021;
2. Surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula BERNAS - bilakah ia akan disenaraikan semula? dalam 5 tahun? atau masa 10 tahun? ;
3. Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, BERNAS tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan BURSA Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan-laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita;
Tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan BERNAS dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali.
Gooi Hsiao Leung ialah Ahli Parlimen Alor Setar
Ahli Parlimen Alor Setar

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.