Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj.
Saya sebagai anak Johor, dilahir dan dibesarkan di negeri Johor, menyambut baik rang undang-undang yang diberitakan dicadangkan seperti di bawah ini andainya ia bertujuan dan dilaksanakan dengan penuh kesedaran demi kesejahteraan rakyat marhaen negeri Johor Darul Takzim.
Mengharapkan Umno dan BN untuk berlaku adil serta menjaga kebajikan rakyat marhaen samalah seperti mengharapkan tikus menjaga beras.
Justeru, harapan dan doa saya agar Sultan Johor, Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dapat membantu dalam hal kebajikan rakyat dan negeri Johor dengan adil dan bijaksana. Besarlah harapan saya agar janganlah hendaknya campurtangan Paduka Sri Sultan Ibrahim Ismail ibni al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dalam hal-ehwal perumahan dan hartanah ini semakin mencemar dan menghakis hak serta kedaulatan rakyat negeri Johor, terutama rakyat marhaen.
Pada hemat saya, penghormatan rakyat terhadap Sultan dan pemimpin negara atau negeri berpaksi kepada nilai murni pentadbiran telus, jujur, ikhlas dan sesaksama mungkin.
Salaam Takzim
Mohd Sofi Yassin.
Rakyat Negeri Johor
Johor Darul Takzim
Kuasa Sultan lebih luas melalui enakmen baru.
Kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di DUN pada hari Isnin untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga tersebut.
Ia merupakan enakmen pertama yang memberi kuasa meluas kepada Sultan berhubung isu perumahan.
Rang Undang-undang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 itu bertujuan untuk membentuk satu lembaga untuk mempromosi dan menjalankan pembangunan perumahan dan hartanah di negeri itu.
Exco hal ehwal perumahan, Datuk Abd Latiff Bandi mengesahkan bahawa kerajaan negeri akan membentangkan rang undang-undang tersebut untuk bacaan kali pertama dalam persidangan Dewan pada hari Isnin.
Salinan rang undang-undang itu juga sudah diedarkan kepada kesemua ADUN Johor, kata Abd Latiff.
Menurut dokumen itu, lembaga berkenaan akan dipengerusikan oleh menteri besar, manakala exco yang bertanggungjawab ke atas perumahan dan kerajaan tempatan akan bertindak sebagai timbalan.
Lima orang lagi anggota lembaga berkenaan terdiri daripada setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang kerajaan, pegawai kewangan negeri, pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Luar Bandar serta pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri.
Seksyen 4 dalam cadangan enakmen tersebut membenarkan sultan melantik sehingga empat individu sebagai anggota lembaga tersebut untuk tempoh tidak lebih dari dua tahun dan akan dilantik semula melainkan mereka meletak jawatan atau pelantikannya ditarik balik oleh Sultan.
Rang undang-undang itu juga memberi kuasa Sultan seperti berikut:

Menetapkan ganjaran atau elaun ahli lembaga;
Meluluskan pelantikan pengarah, yang boleh dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif lembaga;
Meneliti akaun atau melantik seseorang untuk melakukannya;
Membubarkan lembaga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.