Orang Melayu dan kesedihan mahupun kekecewaan memang tidak dapat
dipisahkan. Sepanjang saya membesar dan mengenal muzik Melayu, menyanyi
dan berlagu selama beberapa tahun di KL Sentral, lagu-lagu yang mendapat
sambutan adalah lagu yang bernada kecewa dan sedih-sedih belaka
sampaikan lagu raya kita pun bernada sedih juga.
Nada sedih pula sinonim dengan melodi 'minor' yang moodnya diambil daripada melodi muzik klasikal.
Biasanya pada waktu petang sewaktu busking saya akan menyanyikan lagu-lagu Melayu retro di era 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Saya membesar dengan lagu-lagu di zaman itu dan majoriti pengunjung pula kebanyakannya golongan 'otai' yang sama-sama membesar dengan citarasa muzik Melayu sama seperti saya.
Kebanyakan liriknya memang lirik anak muda kecewa bercinta, putus asa, cinta yang tidak direstui sehingga membawa lara hingga ke akhirnya.
Lagu cinta lara boleh jual! Itu kata kebanyakan orang kuat syarikat rakaman dan itu juga yang ditunggu-tunggu para peminat tanah air. Lagu hit lagu cinta, melodi wajib seakan sama sekual daripada segi irama dan melodinya dari lagu sebelum atau selepasnya.
Untuk menjadi komposer di negara kita ini, kita hanya perlu cedok sana sini sikit, ambil melodi lagu yang itu dicampur dengan yang ini dan biasanya apabila lagu itu hit kita akan bergelar komposer. Inilah teori yang digunakan oleh komposer terkenal kita dari dulu sampailah sekarang.
Daripada segi kepelbagaiannya memang kurang, sebab lagu hit atau killer song mesti bernada 'minor'. Kord yang popular pula seperti Am/Dm/G/C/F/Dm/E...dan rentaknya biasanya 4/4 standard counting pop balad.
Dan dijamin lagu cinta tidak akan digam oleh kerajaan mahupun stesen radio malah mereka sangat mengalu-alukan lirik dan lagu yang sebegitu.
Setakat ini sejak radio diperkenalkan awal 1950-an dulu dan televisyen pula pada 1960-an, belum ada lagi lagu-lagu cinta lara digam oleh RTM.
Jarang ada lagu hit yang bernada 'major' dalam kamus muzik tanah air kecuali di zaman P Ramlee sewaktu di era Jalan Ampas pada 1950-an dulu.
Seorang anak muda akan datang kepada saya selepas habis waktu kerja saban hari untuk mendengar lagu permintaannya 'Ku Cari Damai Di Hati' yang dipopularkan oleh kumpulan Gingerbread yang penyanyi utamanya Moses Vadham.
Lagu tersebut meletup di corong-corong radio pada 1984 dulu. Saya pun layanlah perasaan anak muda itu yang pertama kali mendengar saya menyanyikan lagu itu sehingga berderai airmatanya. Katanya dia baru lepas putus cinta.
Bayangkan perasaan anak muda itu yang melayan lagu sedih ' Ku Cari Damai Di Hati' yang liriknya saya sertakan di bawah ini:
“Mengapa kau tergamak sungguh, memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai racun berbisa yang kau sirami
Beginikah balasan cinta, manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji, sesalan mimpi, berkecai kini.
Sesalan tiada terhingga, bila kau berubah sikap,
Ku sedar siapa diriku, kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia, di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa, janganlah kau cari aku.
Biar saja aku sendiri yang mencari damai di hati,
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka”
Apa mesej atau motivasi yang boleh kita dapat daripada lirik lagu seperti itu? Yang saya faham, bila kita frust, kita akan melayan frust kita seolah-olah tidak ada penghujungnya. Melayan kecewa itu sangat asyik bagi mereka yang bercinta, kata mereka. Benarkah begitu?
Sewaktu kumpulan muzik Carefree meletup dengan lagu Rindu Bayangan di awal 1979 dulu, lagu itu bertahan di carta radio selama setahun. Liriknya memang haru dan bernada kecewa dan itulah yang orang kita suka.
Ada juga lagu dari kumpulan Carefree yang berkualiti yang walaupun bermesejkan cinta namun ianya cinta yang matang dan kental seperti lagu 'Belaian Jiwa' yang dinyanyikan oleh Simon Justin Leo.
Kesannya lagu Belaian Jiwa kekal evergreen sehingga ke hari ini, manakala lagu Rindu Bayangan hanya kekal semusim cuma.
Sepanjang saya membesar, lagu-lagu hit yang meletup kebanyakannya lagu yang melodinya seakan sama dengan lirik yang sedih dan kecewa belaka. Saya tidak tahu mengapa lagu sedih yang menjadi pilihan masyarakat kita.
Namakan lagu-lagu popular dari 1970-an sampai ke zaman ini, kebanyakan liriknya memang berunsurkan cinta lara dan penuh dengan nada kecewa dan putus asa.
Antara lagu-lagu cinta lara yang meletup di era 1970-an dan 1980-an sewaktu saya kecil dulu seperti lagu Tiada Cinta Lagi (Alice Sound), Aku dan Kenangan (Brain Connection) dan Kau Pergi Jua (Adam Ahmad).
Cuma Sharifah Aini berjaya lari daripada tema cinta dan kalau adapun lagu cinta, liriknya masih punya ego dan semangat seperti lagunya Bunga Tanjung, Teratai dan Tiada Maaf Bagi Mu.
Masuk ke era rock kapak di 1980-an dan 1990-an, kebanyakan lagu hit juga bernada cinta yang lara, kecewa dan putus asa.
Bayangkan dengan imej mat rock yang penuh make-up meniru kumpulan muzik barat Motley Crue dan Ratt, dengan imej rockers jiwang mereka menyanyikan lagu-lagu cinta dan untuk satu tempoh, ia menjadi fenomena pada zaman itu sehingga tenggelam lagu-lagu pop mahupun genre lain dek kehebatan lagu-lagu rock jiwang.
Pada zaman ini lagu-lagu yang meletup masih lagi bernada cinta namun tidak meleret dan meratap sangat seperti di era 1980-an.
Lirik-lirik di zaman ini daripada segi bahasanya agak 'rojak', mudah dan agak santai sesuai dengan jiwa remaja yang 'happy go lucky' dan 'take it easy'
Daripada segi artistik dan sasteranya memang kurang. Saya tidak boleh masuk kepala langsung dengan lirik lagu seperti 'Kosong', Katak atau apa saja yang ditulis budak sekolah atau remaja kerana penguasaan bahasa mereka kosong.
Tetapi itulah seperti yang selalu saya bersetuju, biarkanlah mereka meraikan dunia mereka. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.