Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai isu rampasan 321 buah Bible pada Isnin depan selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah kali kedua esok.
Khalid berkata, beliau menghadap Sultan di istana pagi tadi tetapi belum habis berbincang kerana perlu mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlebih dahulu.
"Saya belum habis berbincang sebab saya diminta untuk mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara.
"Tadi saya dah dapat (penjelasan) dan akan terangkan kepada Sultan esok petang," katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, hari ini. – 18 Jun, 2014.
MENYUSUL LAGI
http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.