KUALA LUMPUR, 17 Jun:
Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa) menyokong tindakan empat Kesatuan Pekerja Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang menggesa kerajaan menamatkan pertalian kerjasama
antara syarikat tenaga itu dengan YTL.
Pengerusinya Datuk Ibrahim
Ali berkata syarikat tenaga itu wajib tidak menyambung perjanjian
pembelian tenaga dengan YTL yang tamat pada 2015.
Malah, katanya, tindakan kesatuan pekerja itu wajar demi kepentingan rakyat dan negara.
“Perjanjian TNB dengan YTL amat merugikan kerajaan dan YTL menikmati keuntungan atas angin,” kata Ibrahim.
Tegasnya, TNB mesti menghentikan kerjasama dengan YTL Power bagi projek Track 4A, iaitu sebuah loji tenaga di Johor yang dianugerahkan Suruhanjaya Tenaga.
“Tamatkan mulai sekarang apa-apa projek janakuasa tenaga atau elektrik kepada YTL,” ujarnya.
Walaupun kesatuan pekerja
itu telah menyatakan dengan terbuka mengenai pengalaman buruk dengan
YTL, namun Perkasa menganggap YTL ibarat ‘melepas anjing yang tersepit’.
“Bila terlepas, menyalak dan gigit tuan. Pemiliknya, Francis Yeoh yang bercakap besar dan lupa daratan patut diajar,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.