Followers

Friday, June 27, 2014

Kembara Putera Mahkota Perlis VS Kembara Mahkota Johor

 

Semalam sekali lagi saya sertai DYTM Raja Muda Perlis mengayuh basikal mencari mereka yang layak menerima zakat.


Dalam tahun ini sahaja DYTM Raja Perlis telah mengepalai misi mencari asnaf zakat dengan berbasikal hampir 50 kali.

Setiap kali misi tersebut baginda akan menyampai sekurang-kurangnya untuk 5 keluarga yang layak.

Melalui becak, lorong sempit, bau yang tidak menyenangkan, tempat yang usang dan uzur memberikan kesedaran kepada para peserta misi ini.

Saya mencadangkan badan-badan perniagaan, kebajikan dan persatuan bukan kerajaan menyertai DYTM Raja Muda Perlis yang menjalankan misi ini hampir setiap minggu bahkan kadang-kala 2 kali seminggu.

Ia satu usaha yang amat baik dan terpuji. - DR.MAZA



Kembara Mahkota Johor 2014: Sultan Johor Pandu Bas


Johor Bahru, 23 Mei: Selepas bermotosikal dan menaiki kereta api, Kembara Mahkota Johor (KMJ) kali ke-17 pada tahun ini menampilkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat mencemar duli bertemu rakyat dengan menggunakan bas khas.

KMJ selama empat hari dijangka bermula dari 21 hingga 24 Jun depan, Sultan Ibrahim akan memandu sendiri dengan bas yang dibeli dari Amerika Syarikat, jenama Prevost Marathon Coach.

Lebih unik, baginda akan memandu bas keluaran syarikat dari Kanada yang menggunakan kaedah pemanduan sebelah kiri.

“Saya akan pandu sendiri, tidak ada masalah mengenainya kerana saya ada lesen memandu,” titahnya ketika temubual eksklusif bersama The New Straits Times Press (M) Berhad di Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.


Menurutnya, bas ditempah khas itu lengkap dengan peralatan dan kemudahan termasuk tempat tidur dan baginda tidak perlu bermalam di rumah rakyat seperti KMJ sebelum ini.

Katanya, baginda tidak mempunyai masalah bermalam di rumah rakyat dikunjunginya, namun keadaan itu menyebabkan mereka menjadi serba salah.

“Untuk tidak menyusahkan sesiapa, saya gunakan bas pada tahun ini dan akan tidur di dalamnya di tempat yang akan disinggahi nanti.

“Saya akui pastinya bas ini akan menjadi tumpuan rakyat di tempat kami singgah nanti. Saya juga berpeluang berbual dan minum bersama rakyat, walaupun bermalam dalam bas,” titahnya. - hmetro.com.my





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.