Atasi Masalah Sosial dan Jenayah Dengan Kembali Pada Perundangan Syariah
MIRI
– Kejadian jenayah seperti rompak, pecah rumah, rogol, bunuh dan culik
semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Kes seperti rogol, menculik
anak kecil dan dibunuh dengan kejam seperti yang dilaporkan dalam
akhbar tempatan beberapa minggu yang lalu juga mendapat perhatian orang
ramai.
Hampir
setiap hari kita membaca laporan akhbar yang melibatkan kes seperti
pecah rumah, rompakan dan rogol berlaku di mana-mana dalam negara kita
termasuk di bandaraya Miri. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu
kes pecah rumah dan rogol seorang remaja perempuan di Miri. Masalah ini
menunjukkan betapa kritikalnya masalah sosial berlaku di negara kita. Kepesatan
pembangunan sesebuah bandaraya yang tidak setara dengan pembangunan
sosio-budaya dan masyarakat setempat boleh menimbulkan masalah sosial.
Kes-kes
jenayah ini kebanyakannya berlaku di kawasan perumahan dan ini
menimbulkan perasaan takut dikalangan penghuni terutama golongan wanita
dan remaja perempuan yang tinggal bersendirian. Para penjenayah
seolah-olah semakin berani melakukan jenayah tanpa ada perasaan takut
menghadapi tindakan undang-undang jenayah sivil dalam negara ini.
Perkara
ini perlu difikirkan bersama, mengapa kejadian jenayah yang tersebut
semakin menjadi-jadi dan apakah tindakan pihak berkuasa keselamatan
dalam negeri untuk mengatasi masalah ini?
Mengapa
pengubalan undang-undang jenayah yang direka cipta oleh manusia gagal
dan kurang berkesan mencegah kegiatan jenayah ini dari berleluasan. Sudah
berpuluh-puluh tahun dan bermacam-macam cara perundangan jenayah
digubal tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi dengan sewajarnya.
Disinilah
menunjukkan undang-undang manusia ada banyak kelemahannya sehingga
gagal mengatasi atau mengurangkan kadar kegiatan jenayah berat dari
terus berlaku.
Apabila
ada pihak yang mencadangkan enakmen undang-undang jenayah syariah
dilaksanakan dalam negara ini, hampir semua menentangnya kononnya kejam
dan zalim tetapi mereka tidak sedar undang-undang Syariah menyebabkan
orang ramai berasa takut dan gerun, terutama mereka yang terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jenayah berat seperti rompakan, rogol, pembunuhan dan
sebagainya.
Ada
juga sesetengah pihak yang berusaha keras menentang kononnya perundangan
syariah tidak adil dan boleh menyebabkan keadaan huru hara dalam
negara. Kalaulah kejadian jenayah ini berlaku keatas mereka dan keluarga
mereka, barulah mereka sedar betapa kejamnya kejadian jenayah seperti
rompakan, rogol dan bunuh.
Adakah
mereka yang kuat menentang perundangan jenayah syariah ini akan berdiam
diri dan membiarkan pembunuh keluarga mereka bebas dan sanggup melihat
perkara ini terus berlaku tanpa ada sebarang tindakan tegas diambil
keatas penjenayah tersebut?
Disebabkan
kejahilan mereka tentang kebaikan dan keadilan perundangan syariah
menyebabkan mereka terus menentang dalam keadaan mereka tidak sedar yang
undang-undang syariah ini lebih baik dilaksanakan untuk pencegahan
jenayah tersebut dari berleluasan.
Sepatutnya
pihak berkuasa menggunakan media massa yang lebih luas lagi seperti
radio dan TV untuk memberi penerangan tentang kebaikan akta perundangan
jenayah syariah ke seluruh negara agar rakyat dapat memahami akan
keadilan dan kebaikan yang terdapat dalam perundangan tersebut dari
terus membiarkan pihak tertentu memburuk-burukkan hukuman jenayah
syariah ini.
Mereka
yang pakar dalam perundangan jenayah syariah patut tampil ke hadapan
bersama-sama memberi penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan
keadilan yang terdapat dalam perundangan ini, agar orang ramai dapat
menerimanya dengan baik. Kata orang, kalau tidak kenal maka tidak cinta,
apabila orang ramai faham tentang kebaikan dan keadilan perundangan ini
maka tiada isu untuk dipolitikkan.
Walaubagaimana
pun sementara kita membincang pasal pencegahan menurut perundangan
syariah yang akan dilaksanakan, kita mengesa pihak Kementerian Dalam
Negeri dapat bertindak segera mencegah kejadian jenayah dengan membina
balai polis dalam kawasan perumahan atau balai polis bergerak
ditempatkan di beberapa lokasi panas di negeri ini. Apabila ada balai
polis bergerak dalam kawasan perumahan, sekurang-kurangnya masalah
sosial dan jenayah dapat dikurangkan, kalaupun ianya belum tentu dapat
mengatasi masalah tersebut secara total.
Pihak
berkuasa sudah melakukan berbagai-bagai cara untuk mengatasi masalah
ini, namum ianya tidak memberi kesan. Jadi sebaik-baik cara untuk
mengatasi masalah sosial dan kegiatan jenayah adalah kembali semula
kepada ajaran agama dan melaksanakan perundangan syariah.
Semoga
masalah sosial dan kegiatan jenayah ini dapat dibendung dari
berleluasan dengan kerjasama pihak keselamatan dan juga orang ramai.
Harap masalah ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa
dan juga pihak Kementerian dalam Negeri untuk bertindak dengan
sewajarnya.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Resolve Social Problems and Crime with Back on the Shariah Law
MIRI –
Crimes such as robbery, burglary, rape, murder and kidnapping on the
rise in recent years. Cases such as rape, kidnapping children and
brutally murdered as reported in the local newspaper a few weeks ago
also got the attention of the public.
Almost
every day we read a newspaper reports that involving cases such as
burglary, robbery and rape occur everywhere in our country, including
Miri city. Recently, we heard a case of burglary and rape of a teenage
girl in Miri. This problem shows how critical social problems occurring
in our country. The pace of development of a city that is not
commensurate with the socio-cultural and the local community can create
social problems.
Criminal
cases are most occur in residential areas and this creates fear among
the residents, especially the women and girls who live alone. The
criminals seem to be getting bolder committing crimes without fear of
facing legal action in the country's civil crime.
These
need to think together, Why are these crime are becoming more common
and what actions of the internal security authorities to solve this
problem?
Why
the enactment of criminal law that is created by human failed and less
effective in preventing this crime from a massive scale.
It's
been dozens of years and all kinds of ways criminal legislation enacted,
but the problem is still not solved appropriately. It is here shown
human laws there are plenty of weaknesses until fail to resolve or
reduce the rate of serious criminal activity from continuing.
When
there is a party that proposed enactment of sharia criminal law
implemented in the country, almost all opposed supposedly harsh and
cruel punishments, but they are not aware of Sharia law causing people
feel fear and faltered, especially those who are involved in serious
criminal activities such as robbery, rape, and murder and so on.
There
are also some people who strive hard against Syariah laws supposedly
unfair and could cause chaos in the country. If this crime happened upon
them and their families, then they realize how cruel crimes like
robbery, rape and murder.
Are
those who are strongly against the sharia criminal law will silence and
let the killers of their families are free and willing to see this thing
continue to happen, with no decisive action is taken against these
criminals?
Because
of those ignorance about the pros and Sharia justice causes those
continue to resist in a state of those does not aware that this Sharia
law is better to be implemented for the prevention of crime on a massive
scale.
The
authorities should use mass media more widely such as radio and TV to
explains about the benefits of sharia criminal law act throughout the
country so that the people can understand the justice and goodness found
in the legislation from continued let certain party discredit of the
sharia criminal penalties.
Those
are experts in Sharia criminal law should come forward together
explanations of goodness and justice in the law, so that people can
receive it well. They say if you do not know then you do not love, when
people understand the goodness and justice of this legislation there is
no issue to be politicized.
However,
while we discuss about prevention according to the Sharia laws that
will be implemented, we urge the Home Ministry to take immediate action
to prevent crime by building a police station in a residential area or a
mobile police station placed at various hot spots in the state. When
there is a mobile police station in a residential area, at least social
problems and crime can be reduced, even if it will not necessarily be
able to solve the problem completely.
The
authorities have done a number of ways to overcome this problem and yet
it has no effect. So the best way to solve social problems and criminal
activities is a return to religious teachings and implement Syariah
laws.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.