Bukan macam BN, berjanji hanya bila PRU atau PRK. Aku nak tunggu tengok berapa lama Teluk Intan boleh dapat jaringan 4G.
Selangor diam-diam sebelum ini tiba-tiba
dah nak laksana sekiranya diluluskan oleh Adun. Kalau setakat janji
macam BN tapi nak laksananya entah bila baik tak payah berjanjilah.
Beruntung rakyat Selangor, macam-macam kelebihan dorang dapat.
Air percuma, bas percuma, belanja anak masuk university, bantuan untuk orang tua-tua dan macam macam lagilah.
SHAH ALAM 11
JUN: Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu sistem telekomunikasi yang
menyeluruh bagi kegunaan penduduk Selangor tidak lama lagi.
Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membentangkan
rancangan itu kepada Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) dalam tempoh terdekat. Katanya, ketika ini, pihaknya kini dalam pengubahsuaian kertas kerja rancangan itu.
“Kita akan
jemput mereka ini dan pihak yang terbabit sedikit masa lagi untuk
mendengar taklimat rancangan dari pihak Kerajaan Negeri.
“Kertas kerja
sudah siap tetapi kita ambil masa sedikit untuk selesaikan
perlaksanaannya sebelum sistem itu dilakukan,” katanya dalam rumusan
Majlis Dialog Belanjawan negeri 2015, di Pusat Konvensyen Shah Alam
(SACC), di sini.
Teknologi
terkini terbabit ialah Optical Distribution Antenna System (ODAS) iaitu
telekomunikasi 4G yang akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor.
Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri selaku pembuat undang-undang perlu membuat satu dasar tertentu.
Katanya, polisi
ini akan memberi kemudahan Wifi percuma kepada rakyat seterusnya
menjana pendapatan kepada kerajaan melalui sewaan binaan telekomunikasi.
“Sekiranya ia
dilaksanakan, ia akan memberi perkhidmatan Wifi percuma kepada rakyat
Selangor termasuk Kamera Litar Tertutup (CCTV),” katanya.
Dalam rumusan
lanjut oleh Exco Sains dan Teknologi, Dr Daroyah Alwi itu, menjangkakan
dalam tempoh tujuh tahun akan datang, Kerajaan Negeri akan memperolehi
pendapatan sekitar berbilion ringgit.
Pihak Berkuasa Tempatan dan masjid juga akan memperolehi pendapatan daripada penyewaan binaan berkenaan.
“Peralihan struktur daripada bumbung kepada tiang lampu akan menukar landskap jaringan Wifi di negeri ini.
“Kerajaan
Negeri sebagai tuan punya tanah perlu mengambil peluang menjana
pendapatan melalui penyewaan binaan telekomunikasi yang kita cadangkan
ini daripada syarikat Telco,” kata Daroyah. Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.