PETALING
JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak
mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal
Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia
terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka
mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua
pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish
yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.
“Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai
seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami,
saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman
sosial.
“Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.
“Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan
komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,” katanya kepada
mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang
memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama
keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai
foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung
baru-baru ini.
Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya
dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca
komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.
Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan
kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang
dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.
Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan
keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.
“Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.
“Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham
dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya,”
tuturnya.
-mStar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.