Followers

Tuesday, June 10, 2014

" Edisi Lawak Bodoh. Dia Kata Dia Kenal Muka-Muka Kongsi Gelap Tapi Tidak Ambik Tindakan Pun "


Kau ingat kongsi gelap nih macam orang berniagakah. Semua orang tahu kegiatan kongsi gelap nih kegiatan haram, memang patut dibenteras dan tangkap ahlinya. Takkah bodoh namanya tu, kenal kongsi gelap tapi tidak ambik tindakan pun.

Kau dah kenal muka setiap seseorang patutnya tangkaplah, kalau setakat bagi amaran macam mana nak basmi kegiatan kongsi gelap. Kenapa ada menteri yang akal macam tak cukup nih.

Dengan bangga bagi tahu satu Malaysia kau dah bagi amaran kat kongsi gelap. Ish aku tak taulah nak kata apa kat manusia sorang nih. Padanlah orang panggil Zahid komedi, lawak-lawak, dah kenal tapi buat tak tahu ja.

Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.
Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.
Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.
"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan kongsi gelap dalam pilihan raya sebelum ini.
"Mungkin itu yang dilakukan selama ini. Bukti, saya tahu ada yang beroperasi di Teluk Intan, Ipoh, Pulau Pinang," katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.
PRK Teluk Intan menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.


Tikaqbuloh.blogspot.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.