Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, rakyat Johor
harus sedia untuk berkabung jika rang undang-undang kontroversi Johor
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
“Jika rang undang -undang ini diluluskan maka hari ini adalah hari untuk
seluruh rakyat Johor berkabung di atas malapetaka yang akan terus
menimpa mereka akibat dari kepimpinan yang amat lemah,” katanya yang
juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu.
Menulis di blognya, Zainuddin berkata, setelah menghadapi bantahan dan
tekanan pelbagai pihak, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin disifatkannya terburu-buru membuat beberapa pindaan.
“Seorang menteri besar yang benar benar prihatin akan perasaan rakyat
akan menangguhkan dulu pembentangan rang undang-undang yang penuh
kontroversi ini kerana mengiktiraf kuasa rakyat lebih besar dari kuasa
raja dan tidak meneruskan pembentangannya kerana lebih takut kepada
pihak yang kedudukan mereka berada dalam tangan rakyat,” katanya.
Zainuddin juga membangkitkan tujuan diadakan peranan sultan dalam rang
undang-undang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ)
itu.
“Siapakah yang menawarkan peranan ini kepada Sultan? Walaupun peranan
Sultan digantikan dengan pihak berkuasa, rakyat faham bahawa mereka
diketuai oleh seorang pemimpin yang tidak berwibawa,” katanya.
Zam menulis demkian dalam artikel berjudul "Pindaan yang penting ialah
meniadakan langsung peranan raja: rakyat Johor berkabong har ini” dalam
blognya Zam Kata. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.