Followers

Thursday, June 12, 2014

Bekas Suami Abby Abadi Tuduh Media Tambah Cerita




Selain tampil memberi  penjelasan menerusi  Instagram, Abby Abadi juga turut memaparkan SMS di laman sosial itu bersama bekas suaminya Farhan.

Menerusi penjelasan yang dibuat Abby, jelas menunjukkan selebriti ini kesal dengan dakwaan yang dibuat bekas suaminya itu.

Agak mengejutkan kerana apabila ditanya Abby mengenai kenyataannya ‘didera’ kepada media, Farhan menjawab “saya xtahu itu media yang tambah cerita”.

Murai tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dilakukan Farhan kerana dia sendiri yang menunjukkan laporan polis kepada media di luar mahkamah dan kemudiannya menafikan perbuatannya itu.

Dalam pada itu, pada kapsyen foto tersebut Abby turut menegaskan tidak pernah berlaku sebarang penderaan ke atas diri Farhan.

Buat pembaca semua yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah penjelasan Abby Abadi mengenai kenyataan bekas suaminya yang pernah didera dan dicakar itu, Murai sertakan 'screenshot' yang diambil daripada akaun Instagram Abby Abadi. Tepuk dada tanya selera, hak anda untuk menilainya.



Bloglist Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.