Tetapi
pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran
masa dan dunia yangsemakin moden.
Yang sedihnya ramai gadis Melayu
“dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini.
Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga
aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”
1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt.
Ramai
yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang.
Bagi
gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah
semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng
motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan
berparut !
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut.
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan.
Ada juga
yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara.
Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan
dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan
antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah
mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan
bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam.
Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana
menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu.
Jika
dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti
aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau
tersembunyi.
Mungkin
ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah
untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak
perempuan.
Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang
banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini
juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol
dan gangguan seksual.
Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi
kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.