HIDUP Melayu !! Itu mukaddimah aku untuk MCA yang kalah teruk di dalam
PRU 13 yang lalu dan pernah berjanji untuk tidak akan menerima sebarang
jawatan di dalam kabinet kononnya bertanggungjawab sangat terhadap
prestasi buruk mereka, akhirnya lembik tengkuk dan merasa 'lapar' jua.
Di dalam Bn, siapa tidak tahu bahawa kuasa dan jawatan adalah
segala-galanya.
Najib pun tahu kelemahan anak-anak buahnya, tidak lebih dan tidak kurang
sama seperti pencacai di akar umbi yang lain. Jika untuk pencacai,
beri saja BR1M maka tersedawa habis mereka dan lupa segala-galanya.
Begitu jugalah dengan eksekutif di dalam MCA, nampak zahir saja seperti
hebat dan bertanggungjawab dan berintegriti apabila berjanji dengan
masyarakat Cina bahawa MCA tidak akan terima sebarang jawatan di dalam
Kabinet jika MCA tewas teruk di dalam PRU 13.
Alaahhh...semua ini di
dalam poket Najib. Akhirnya, umpan saja jawatan maka umpama ayam daging
kelaparan ditabur dedak.
Rakyat di bawah melihat saja mereka diperbodohkan. Hidup Melayu,
pemimpin MCA jadi Menteri setelah merata-rata kelentong rakyat.
Orang
Melayu sudah lama kita tahu standard mereka, dan kali ini kaum Cina di
dalam Bn pun semakin sampai ke tahap serendah pemikiran kaum Melayu di
dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu.
Adakah kita jadi susah
hati? Tidak ada sebab mahu susah hati sebaliknya ini satu peluang
kepada kita untuk memaklumkan kepada rakyat mainan politik Umno dan MCA
ini.
Malaysia hebat bukan kerana ekonominya yang baik di dunia. Malaysia
tidak hebat sekiranya hanya berharap kepada seekor Panda yang disewa.
Malaysia hebat kerana di antara ranking Menteri paling ramai dan Tuan
Penasihat 20 persen kepada Najib paling ramai di dunia. Itu lah
hebatnya kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.