WAWANCARA Bagi ramai konservatif Islam, penentangan bekas menteri
undang-undang Datuk Zaid Ibrahim terhadap hukum hudud melambangkan
contoh tidak baik dan perlu dijauhi.
Beliau menyalahkan peningkatan sikap konservatisme yang terbeban di bahu pemimpin yang gagal melaksanakan perkara yang patut dilaksanakan pemimpin Islam.
Perkara itu termasuk anggapan bahawa orang Islam yang tidak menerima hudud tidak baik.
“Tuhan berfirman dalam al-Quran, sangat jelas, kita harus menggunakan akal fikiran. Itu apa yang orang Islam baik patut lakukan.
“Kita jangan takut, itu sebabnya kenapa saya orang Islam yang baik, kerana saya tidak takut (bersuara),” katanya ketika diwawancara Malaysiakini di rumahnya di Petaling Jaya.
Zaid dikenali dengan pendirian politik yang tegas, yang menyaksikannya pernah meninggalkan Umno, kemudian PKR dan seterusnya parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa pada tahun 2002, Zaid mengheret ke mahkamah cubaan PAS mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu melalui enakmen negeri masing-masing.
-Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.