Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari
ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu 'tidak sedar diri'
apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa muak
rakyat kepada parti itu.
Melalui ruangan rencana akhbar milik Umno
itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan
bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam
pilihan raya.
"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.
"Sama ada Umno akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang.
Zulkiflee berkata, Umno perlu memastikan tiada konflik dalaman yang diakuinya sering menjadi duri dalam daging kepada usaha parti Melayu terbesar itu.
Selain itu, akhbar itu mendakwa Umno menempah tempat di kuburan politik jika terus leka bernostalgia dengan jasa pemimpin terdahulu tanpa menyedari senario politik kini semakin berubah dan pemikiran rakyat semakin berkembang.
Katanya, Umno masih mencanangkan kejayaannya memperoleh 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 lalu sekali gus mendakwa parti itu masih relevan dalam kalangan orang Melayu.
Namun tidak menyedari hakikatnya jumlah kerusi tersebut masih memaksa Umno meminta bantuan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan.
"Malah apa yang perlu difahami Umno juga gagal mempertahankan beberapa kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya milik parti tersebut.
"Mungkin jika kerusi tersebut tidak terlepas ke tangan pembangkang, Umno mungkin sudah menawan Selangor dan BN boleh memerintah dalam kedudukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Situasi itu tidak berlaku kerana dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno masih tidak berubah sikap biarpun mereka mengetahui betapa gigih pucuk pimpinan parti berusaha memastikan Umno diterima rakyat," katanya lapor The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.