Tapi yg sorang Ahli Parlimen ni lain sikit. Cukup GENTLE bersuara MENOLAK HUDUD. Bukan Cina, bukan India tapi MELAYU beragama ISLAM. Suka hati kau jer kata nenek moyang kita semua ni tolak HUDUD.. Aku xnk cerita sejarah Islam dari zaman dulu dulu yg terlalu lama, just amek je sejarah negeri2 di Tanah Melayu zaman pemerintahan kesultanan melayu dulu.
Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu. BATU BERSURAT di Terengganu secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam (hudud) yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu. Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).
Di Melaka, Kerajaan Kesultanan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511).
Hukum Qanun
Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah,
keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran
dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk
hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Pahang ada Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H.
Semuaa undang2 ni digunapakai seluruh Tanah Melayu sebelum kedatangan Kolonial Penjajah British lagi dan merekalah yang telah merombak segala-galanya, menukar semua kanun dan undang-undang yang ada kepada undang-undang sekular yang memisahkan negara dan agama, dengan slogan sekularismanya -"give to Caesar what belongs to Caesar, and give to God what belongs to God" dimana kemudiannya UMNO yang menjadi kerajaan pemerintah sejak Merdeka 1957 telah meneruskan pemakaian undang-undang tersebut sehingga kini berdasarkan Perlembagaan Reid.
Jahilnya puak ni bukan sekadar Hukum Allah, tapi sejarah ketamadunan Melayu pun kantoi!!! Agaaknya si Jazlan ni datang dari mana??? Hutan AMAZON ka?????

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.