KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bukan milik UMNO atau
Barisan Nasional (BN), dan para pelajarnya tidak perlu terikat kepada
parti itu, kata calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan,
Dyana Sofya Mohd Daud.
"Sejak bila memasuki UiTM membuatkan kita ahli UMNO? Sangat ironik
apabila UMNO mendakwa pelajar UiTM perlu menyokong UMNO, tetapi mereka
sendiri yang tidak menggalakkan pelajar aktif dalam politik.
"Para pelajar sepatutnya bebas memilih pandangan dan pemikiran mereka
sendiri, dan perlu diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita
mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegas Dyana, tidak ada parti politik yang berhak untuk menghalang impian dan aspirasi anak-anak muda Malaysia.
Katanya lagi, hak yang sama rata tidak bermakna orang-orang Melayu akan
'dirompak' hak mereka, sebaliknya ia memberi peluang pendidikan tinggi
kepada mereka yang tidak mendapat peluang terutamanya yang tidak
menyokong UMNO.
Ujar beliau, UiTM sebagai sebuah institusi awam tidah harus diletakkan
di bawah ehsan sebuah parti politik kerana ianya milik rakyat dan
bukannya milik UMNO.
Selain itu, Dyana turut menyatakan kekesalan kerana terdapat pelajar
yang datang dari keluarga pemimpin UMNO yang kaya diberi tempat di UiTM,
sedangkan ada pelajar yang miskin yang tiada kaitan dengan UMNO,
dinafikan tempat di institusi tersebut.
"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan jujur akan memperbetulkan
'ketidakadilan' ini... namun daripada menjadi terbuka kepada
cadangan-cadangan yang membina, UMNO telah menuduh saya mahu memansuhkan
UiTM," katanya.
Beliau juga kesal kerana UMNO telah bertindak menggunakan UiTM sebagai
bahan untuk menyerang dirinya apabila serangan terhadap jantinanya telah
gagal.
Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim telah
mencabar Dyana menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak
istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan
Perlembagaan Persekutuan.
Katanya jika DAP sanggup mempersoal dasar UiTM yang mengutamakan
pengambilan pelajar Melayu, mengapa parti itu tidak menyuruh Universiti
Tunku Abdul Rahman yang didakwannya dimonopoli satu kaum bukan Melayu,
ditutup.
Bloglist Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.