Followers

Tuesday, May 13, 2014

Tragedi 13 Mei Terengganu.....Adakah Balasan Krisis Di Perak..!!!






 
Ramai yang terkejut dengan keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bertindak keluar dari parti keramat UMNO disaat seluruh negara tertumpu kepada majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi. 
 
Apa tidaknya, Mat Said yang dilihat tidak muncul ketika majlis angkat sumpah Ahmad Razif dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering tiba-tiba umum keluar UMNO. Turut bersama beliau ialah ADUN Ajil, Ghazali Taib.
Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba 
 
"Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu. Kedudukan kerusi DUN kini sama iaitu 15-15 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN Bebas. 
 
Malah, seandainya mereka berdua bertindak serupa seperti dua ADUN PKR yang lompat parti dan menjadi ADUN Bebas di Perak dulu iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi.

Jika dulu, Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin digulingkan dan Dr.Zambry Kadir diangkat menjadi Menteri Besar yang baru dalam satu krisis politik yang paling dasyat di Malaysia kini apakah ia mungkin berlaku pula di Terengganu?. 
 
Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar dijatuhkan dengan taktik "lompat parti" dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP. 
 
Kini, di Terengganu tragedi yang sama mungkin berlaku bila dua ADUN BN tiba-tiba mengisytiharkan diri mereka ADUN Bebas. Sesuatu yang menakutkan buat PM Najib Tun Razak sebenarnya. 
 
Di Perak dulu, Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dikatakan terlibat dengan konspirasi itu. Kini, Najib juga yang memperkenankan pertukaran MB Mat Said kepada Ahmad Razif. 


Tindakan ini akhirnya memakan diri, bila Mat Said begitu bijak mengambil peluang keemasan untuk mengajar pihak yang menganiaya dirinya. 
 
Sesuatu yang memang sudah dijangka, Mat Said pasti akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. 
 
Jika ini berlaku maka Ahmad Razif mungkin akan bergelar Menteri Besar yang paling pendek memegang jawatan tersebut di Malaysia sejak sekian lama. 
 
Jika dulu, rakyat Perak merasai keperitan kuasa kerajaan negeri bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. 
 
Kini, ia seolah-olah berbalik kepada UMNO pabila Kerajaan Negeri Terengganu pula kemungkinan besar akan bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Apapun, kesilapan pertukaran Menteri Besar ini harus dijadikan ikhtibar kepada pemimpin UMNO. 
 
Dikala rakyat mahu melihat perubahan jawatan peringkat kabinet tiba-tiba MB Terengganu ditukarkan. Kini, "nasi sudah menjadi bubur" dan apakah Mat Said akan berundur dengan tawaran lumayan atau meneruskan hasratnya. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya adengan panas ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.