Followers
Friday, May 16, 2014
Tiga syarikat konsesi air setuju tawaran Selangor, kata MB - OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Empat syarikat onsesi air hari ini bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti, aset dan liabiliti bagi tujuan penstrukturan semula industri air di Selangor, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, syarikat terbabit adalah dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas persetujuan dicapai antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid pada mesyuarat pagi tadi.
"Mengikut persetujuan tersebut, PNHB menerima tawaran Selangor untuk mengambil alih segala ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan Syabas masing-masing berjumlah RM2.47bilion dan RM3.11 bilion.
"Ini bermakna tiga daripada empat syarikat konsesi air di Selangor setakat hari ini menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini pemegang saham Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) sudah bersetuju dengan tawaran Selangor itu pada harga RM900 juta. – 16 Mei, 2014.
Malaysia Insider.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.