Sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN)
telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa
membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.Badan NGO tersebut,
Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa
BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.
Wakil
Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar
parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan
majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk Mah
Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati
pemandu teksi di Teluk Intan.
“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”
“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.
“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.
Dalam
sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua
penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun
wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.
Turut
hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju
BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO
Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
“Tiada
seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu
oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis
tersebut,”
“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.
Santhi
pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana
dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa
menuruti perintah daripada penganjur.
“Saya
takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,”
kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.
Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.
Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.
Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oleh penganjur ketika ditemu bual pemberita.
Sementara itu, Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.
KL-TODAY.COM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.