Followers

Tuesday, May 27, 2014

Saya isytihar keluar Perkasa, kata ibu Dyana Sofya

 

Yammy Samat (kiri) mengumumkan keluar secara rasmi daripada Perkasa hari ini kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.


Yammy Samat hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata beliau bukanlah ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua wanita Umno.

"Tidak. Saya tidak pernah menjadi ketua wanita Perkasa. Ketua wanita Perkasa ialah Raihan Sulaiman Palestin yang berlawan ketua wanita (Umno) baru ini. Kamu boleh tanya dia.

"Saya tidak pernah jadi ketua wanita Perkasa. Jawatankuasa penaja betul. Sudah lama saya tinggalkan Perkasa, setahun lebih.

"Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Media hari ini melaporkan Dyana mengakui ibunya menyertai Perkasa setelah laporan sebelumnya beliau membuat penafian. – tmi

Bloglist Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.