Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menolak dakwaan
beliau menjawat jawatan tersebut dalam tempoh sementara dan menafikan
wujudnya sebarang perjanjian yang memerlukan beliau berundur apabila
tiba masanya.
Sambil menegaskan perkara tersebut tidak timbul kerana tidak ada
perjanjian seumpama itu seperti yang didakwa, Ahmad Razif berkata beliau
juga tidak tahu menahu mengenai sebarang perjanjian berkaitan perkara
itu.
"Saya bukan menteri besar sementara... Selagi khidmat saya diperlukan
saya akan terus memberi yang terbaik sedaya upaya untuk rakyat, parti
dan kerajaan negeri."Apa yang bakal berlaku pada masa depan kita tidak
tahu, tetapi selepas saya diberi amanah dan kepercayaan yang tidak
pernah saya duga ini, saya akan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.
Itu janji saya," kata dalam wawancaranya dalam Berita Harian edisi
mingguan hari ini.Beliau menjawab soalan dalam akhbar bahasa Melayu itu
berhubung dakwaan kononnya beliau hanya menjadi menteri besar sementara
dan mungkin berdepan nasib yang sama seperti bekas menteri sebelum ini.
Menjawab soalan sama ada beliau bersedia untuk berundur daripada jawatan
itu pada masanya, Ahmad Razif berkata beliau akan memberi khidmat
terbaik selagi diperlukan sebagai menteri besar.
Menurutnya lagi, sama ada panjang atau pendek tempoh perkhidmatannya
sebagai menteri besar merupakan kententuan Allah bukan ditentukan oleh
manusia.Laksana tugas sebaiknya"Kita orang politik ini tidak ada masalah
sebab apabila diberi tugas dan tanggungjawab, kita akan laksana dengan
sebaiknya.
"Sekiranya tiba masa kita perlu diganti, Insya-Allah, kita tidak ada
masalah," katanya sambil menambah beliau akan meneruskan usaha membentuk
pemimpin pelapis memandangkan platformnya telahpun disediakan pemimpin
sebelum ini.
Menurut Ahmad Razif lagi, beliau tidak menyangka akan dilantik menjadi
menteri besar Terengganu ke-14 walaupun digembar-gemburkan sebelum itu,
sehinggalah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak pada tengah hari 12 Mei lalu.
Sambil menyifatkan pelantikannya itu sebagai "mengejutkan", Ahmad Razif
berkata beliau tidak mengambil pusing dengan desas desus mengenainya
sebelum itu kerana beliau sendiri tidak tahu menahu mengenainya.
"Sebab pengalaman kita sebelum ini, apa yang berlaku, pasti kita akan
dipanggil dulu (berjumpa Perdana Menteri) tetapi yang ini tidak
dipanggil dan terus dibuat pelantikan serta upacara angkat sumpah,"
katanya.
Mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'melobi' bagi jawatan itu,
Ahmad Razif berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengenalinya dan
beliau juga tidak pernah ke pejabat Najib untuk berjumpa sehinggalah
penubuhan Pusat Rehabilitasi di Seberang Takir yang dirasmikan oleh
presiden Umno itu pada pilihan raya umum lalu.
"Saya tidak pernah berjumpa atau ke pejabat beliau sehinggalah saya
menerima surat pelantikan sebagai menteri besar pada 12 Mei lalu,"
katanya. ~mk
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.