Followers

Wednesday, May 28, 2014

RM70 juta untuk dua ekor panda, bantuan OKU dihenti ??

 
KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Malaysia (PPM) menyelar keputusan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak yang menamatkan bantuan bulanan JKM terhadap seorang orang kelainan upaya (OKU) di Teluk Intan.

Mangsa bernama Sabri Ahmad dari alamat 37, Kampung Banjar, Teluk Intan menerima notis penamatan bantuan tersebut bermula bulan Jun 2014 atas alasan yang tidak jelas iaitu kerana beliau tidak bekerja.

Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata apa yang mengecewakan kerana beliau adalah seorang OKU sejak dahulu dan tidak ada sebab untuk beliau dihentikan dari menerima bantuan bulanan JKM.

“Beliau tidak menerima sumbangan dan bantuan mana-mana pihak yang lain malah tidak bekerja, lebih menyedihkan adalah beliau mempunyai enam orang adik beradik down sindrom.

“Ibu dan bapanya yang sudah lanjut usia yang menanggungnya selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan Sabri sendiri OKU, tidak bekerja dan tidak mendapat bantuan JKM, bagaimana keluarganya mampu membiayai keperluan hidup adik beradiknya yang juga dikategorikan sebagai OKU.


Justeru, ujar beliau PPM merasa kesal dengan sikap pilih kasih 'double standard' JKM dan kerajaan Malaysia dalam mengagihkan sumbangan dan bantuan terhadap rakyat susah yang memerlukan.

“Dalam keadaan kerajaan berbelanja besar RM70 juta untuk dua ekor panda, apakah salah untuk rakyat terutama mereka yang susah mendapat manfaat dari kemudahan kerajaan untuk keperluan mereka,” katanya lagi.

Sepatutnya, ujar beliau insan seperti ini diberikan perhatian lebih dengan pelbagai kemudahan agar mereka mampu meneruskan hidup seperti insan sempurna yang lain.

“PPM dengan ini mendesak jawapan segera dari JKM Perak dan menuntut agar bantuan untuk penerima ini, Sabri Ahmad diteruskan seperti sedia kala,” ujarnya. - HARAKAHDAILY


malaysia-chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.