PETALING JAYA: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada malam Selasa, bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini.
Kumpulan yang didakwa penyokong pro-Tan Sri Khalid Ibrahim, memegang pelekat tertera tulisan yang mengecam penyandang jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali.
Mereka turut
menggesa Jawatankuasa Disiplin Parti (JPP) mengambil tindakan terhadap
Azmin Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan Dr Tan Kee Keong.
Pimpinan tertinggi PKR dijangka akan mengadakan mesyuarat bersama biro politik di ibu pejabat parti malam ini.
Terdahulu,
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan
kumpulan yang berdemonstrasi itu dan beliau mendakwa kumpulan tersebut
cuba mengkhianati parti.
Calon Naib
Presiden, Tian Chua turut berjumpa dengan kumpulan yang mengadakan
demonstrasi itu dengan mengatakan parti akan mendengar rasa tidak puas
hati mereka dan tidak ada keperluan membuat hebahan awam mengenainya.
Kumpulan itu turut mendesak agar Azmin bertemu dengan mereka.
Mereka turut
menggesa JPP bertanggungjawab terhadap semua salah laku yang terjadi,
dan mendakwa JPP bertindak lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR). #sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.